- Latar Belakang
Nyata Berbeza Halalan Toyibban
Dari permulaan yang sederhana pada tahun 2004 ZCI telah berkembang pesat menjadi salah satu pengeluar ayam dan produk makanan sejuk beku halal yang berkualiti tinggi di Malaysia. Jenama Dr.Zainol adalah perintis dan yang pertama menawarkan Ayam Organik Segar Sejuk Beku di Malaysia yang diproses di kilang pemprosesan Pintar dengan Kejituan Tinggi (Intelligent Precision Chicken Processing) yang tidak dapat ditandigi..
Didorong dengan penyelidikan dan pengalaman berpuluh-puluh tahun dan pengetahuan yang tidak dapat ditandingi menjadi hasrat dan misi kami untuk berinovasi dan berautomasi serta membawa makanan pematuhan Syariah berkualiti tinggi kepada pengguna.
Jenama DRZ adalah simbol dedikasi untuk memenuhi harapan pelanggan tanpa berkompromasi kualiti. Dedikasi DRZ untuk kualiti dan kebersihan adalah komitmen global yang disokong oleh gabungan industri dan profesional Syariah.